logo_.png
zoewebs

Perkhidmatan Pemasaran Secara Dalam Talian

Pemasaran secara dalam talian adalah lebih berkesan berbanding dengan kaedah pemasaran tradisional dalam usaha menyampaikan maklumat kepada kebanyakan pelangan yang peka dengan internet. Kebanyakan orang banyak menghabiskan masa mereka menggunakan komputer, telefon pintar atau alat mudah alih lain berbanding dengan surat khabar, majalah-majalah dan televisyen. Apa lagi, pemasaran secara dalam talian dapat membawa pulangan yang memberansangkan terhadap pelaburan promosi. Hasil daripada pemasaran dalam talian adalah lebih baik daripada kaedah pemasaran tradisional, iaitu kos yang digunakan hanya separuh sahaja.

Pasukan kami yang kreatif lagi pakar dalam pemasaran secara dalam talian akan sentiasa bekerjasama dengan anda untuk menambah baik laman dalam talian, menjana lebih banyak pengguna agar melayari laman sesawang anda, membina reputasi dalam talian anda dan yang penting meningkatkan hasil jualan anda.

Bagaimana Kami Lakukan ?

Pengurusan Media Sosial

Pengurusan Media Sosial

Media sosial merupakan platform yang paling efektif untuk menyalurkan program pemasaran secara dalam talian – menarik perhatian dan meningkatkan keblehpasaran yang lebih tinggi terhadap jenama anda. Anggaran 75% pelangan selalunya menggunakan media sosial untuk membuat keputusan dalam pembelian barangan. Pakar media sosial kami meneliti perbincangan dalam media sosial mengenai jenama anda dan membantu anda membangunkan pasukan berjenama yang aktif lagi berpengaruh.
Peraduan Secara Dalam Talian

Peraduan Secara Dalam Talian

Peraduan secara dalam talian ialah cara yang terbaik untuk menarik dan menggalakkan pelanggan agar mengenali jenama anda – khususnya melalui berbagai-bagai saluran media sosial. Kami bersedia untuk menolong mereka cipta dan mempromosi peraduan tersebut untuk syarikat anda, mencipta peraturan dan terma, memilih pemenang dan penyampaian hadiah.
Penjagaan Laman Sesawang

Penjagaan Laman Sesawang

Laman sesawang yang efektif tak semestinya berjaya dengan sekelip mata. Ia harus selalu dikemas kini. Pakar-pakar laman sesawang kami akan sering memantau laman sesawang anda, menyelesaikan setiap masalah yang berlaku dan akan selalu mengemas kini setiap kandungan dan gambar-gambar terbaharu.
Pemasaran Secara E-mel

Pemasaran Secara E-mel

Pemasaran secara emel merupakan cara lama dan paling berkesan dalam kaedah pemasaran secara dalam talian sekiranya dipantau dengan betul. Pakar pemasaran e-mel kami bersedia untuk melakukan semuanya, iaitu mencari pelanggan potensi dan senarai responsif, mencipta paparan e-mel yang menarik lagi efektif dan mengurus kempen e-maklumat anda.
Pengiklanan Secara Online

Pengiklanan Secara Online

Pengiklanan secara dalam talian membawa pelanggan potensi anda ke laman sesawang anda atau khusus ke paparan tawaran dan boleh juga memasarkannya melalui carian enjin pencari Google (Google earch engine (GSE)), Google AdWords, Google Display Network, Facebook dan You Tube. Pasukan pakar promosi secara dalam talian kami boleh membantu anda memilih rangkaian media yang efektif pada kos berpatutan seterusnya menyalurkan pelanggan potensi anda ke perniagaan secara talian anda.
Analisa Laman Sesawang

Analisa Laman Sesawang

Dengan pembinaan program analisis sedia pakai yang teliti, anda boleh memeriksa keberkesanan pemasaran secara dalam talian, mengembangkan keupayaannya dan menggantikan dengan program baharu bagi menjana keuntungan perniagaan anda. Kami selaku pakar analisis Google bersedia untuk membantu anda dalam merealisasikan pulangan maksimum dalam pemasaran secara dalam talian anda.

Mula Kerja

Perkhidmatan pemasaran secara dalam talian kami dibina dengan teliti mengikut kehendak dan cita rasa unik untuk keperluan syarikat anda. Kami mengalu-alukan anda untuk menghubungi kami sekarang demi mendapatkan khidmat nasihat dan cadangan tanpa rasa waswas bagi mencapai atau menjangkau impian perniagaan dan harapan anda.

Projek Terdahulu Kami

Pertandingan Facebook Hacks

Pertandingan Facebook Hacks

Pertandingan Facebook Sunquick

Pertandingan Facebook Sunquick

Pengurusan Facebook Sunsweet

Pengurusan Facebook Sunsweet

Google Ads Pallas

Google Ads Pallas

Penjagaan Curas

Penjagaan Curas

Google Analytic Gfarmasi

Google Analytic Gfarmasi

  • akasima.jpg
  • delta.jpg
  • hacks.png
  • mymeiko.png
  • pallas.png
  • panduputeri.png
  • redrock.png
  • sec.png
  • SR.png
  • sugawa.png
  • sunquick.png
  • sunsweet.png
  • suzuki.png
  • toym.png

Send us your inquiry

Hubungi Kami

PG : No.12B, Jalan Perai Jaya 2, Bandar Perai Jaya, 13600 Perai, Penang, Malaysia.
Telefon : +604-398 4507
Bimbit : +6012-334 3029 (YY Lee)
   
KL : 29 Jalan 3/5, Desa Coalfieds, 47000 Sungai Buloh, Selangor, Malaysia.
Telefon : +6012-334 3029 (YY Lee)