Penulisan Kandungan ialah kegiatan atau pekerjaan menulis untuk tujuan pengiklanan atau bentuk pemasaran.
Bukan rahsia lagi bahawa orang yang hidup dalam era digital ini membaca lebih banyak bahan dalam talian berbanding bahan luar talian, malah sebelum pandemik Covid-19.
Malangnya, tidak hairanlah apabila banyak perniagaan gagal walaupun telah membelanjakan wang dan usaha yang banyak untuk pengiklanan.
Apa yang tidak kena? Jawapannya terletak pada penulisan iklan. Kita semua perlukan teks iklan yang baik!
Hakikatnya, teks iklan yang baik ialah bahagian penting dalam strategi pemasaran yang berjaya. Namun, perlu diingat bahawa penulisan iklan bukan lagi sekadar menulis artikel; sebaliknya, ia tentang menyampaikan cerita dengan baik.
Bagaimanakah anda boleh menghasilkan cerita yang baik yang meningkatkan kadar penukaran anda berkali-kali ganda?
Mari kita lihat 3 petua berguna di bawah!
IKUTI CORONG PEMASARAN
Fakta menariknya, anda TIDAK PERLU MENJADI PENULIS untuk menghasilkan teks iklan yang baik!

Sebelum membuat keputusan untuk membeli, pengguna akan melalui beberapa peringkat. Proses ini biasanya dikenali sebagai “Corong Pemasaran”, atau model AIDA .
A: Tingkatkan kesedaran dan tarik perhatian audiens dengan menggunakan tajuk utama yang menarik. Tajuk tersebut boleh berbentuk soalan, contohnya: “Adakah anda mengalami masalah insomnia?”
I: Berikan maklumat tambahan yang lebih relevan untuk menarik minat dan mencetuskan rasa ingin tahu audiens.
D: Tonjolkan keunikan dan kelebihan produk atau perkhidmatan anda (Unique Selling Points, USP) untuk meningkatkan keinginan audiens untuk membuat pembelian.
A: Tambahkan seruan tindakan (Call-to-Action, CTA) yang meyakinkan untuk mendorong audiens yang berminat supaya mengambil tindakan dengan segera!
Selain memahami teknik penulisan kandungan pemasaran (copywriting), anda juga perlu memastikan kandungan anda sampai kepada audiens yang tepat. Oleh itu, SEO copywriting turut memainkan peranan penting!
AMALKAN PENULISAN IKLAN SEO

Apakah itu penulisan iklan SEO?
Ini ialah kemahiran berkesan yang dapat meningkatkan trafik laman web, menjangkau lebih ramai orang dan akhirnya meningkatkan kadar penukaran.
Bagaimana caranya?
Kata kunci yang anda gunakan mestilah TEPAT dan RELEVAN! Pemilihan kata kunci yang sesuai membolehkan kandungan anda menjangkau audiens yang tepat sekali gus meningkatkan peluang kejayaan anda.
Semakin khusus perkataan yang anda gunakan, semakin besar kemungkinan laman web anda mendapat kedudukan tinggi dalam hasil enjin carian. Walau bagaimanapun, penyelidikan menggunakan alat yang sesuai perlu dilakukan terlebih dahulu untuk mengelakkan penggunaan kata kunci secara berlebihan.
RINGKAS & MUDAH
Dalam dunia yang serba pantas ini, tiada siapa yang suka meluangkan masa untuk membaca kandungan yang panjang dan membosankan.
Jadi, apakah yang patut kita lakukan?
Kuncinya ialah memastikan kandungan anda RINGKAS, MUDAH DIFAHAMI tetapi CUKUP BERKESAN untuk menyentuh hati audiens!
Seperti yang ditunjukkan dalam ilustrasi di bawah, penerangan standard mengenai spesifikasi kamera mungkin membosankan. Sebaliknya, slogan yang bermakna mampu memberi inspirasi kepada audiens dan membuatkan mereka lebih mudah mengingatinya!

Pemilihan perkataan yang tepat mampu menyampaikan mesej yang berkesan. Ingat, jangan sesekali melakukan spam dalam penulisan copywriting! Amalan copywriting yang baik ialah meletakkan diri anda dalam situasi audiens dan memahami perkara yang benar-benar mereka inginkan. Apabila audiens merasakan kandungan anda dekat dengan keperluan mereka, mereka akan lebih terdorong untuk mengambil tindakan.
Kesimpulan
Perkara-perkara di atas bukanlah formula ajaib yang menjamin kejayaan strategi pemasaran anda. Namun begitu, kami telah menyusun beberapa tip copywriting penting yang dapat membantu mempertingkatkan kualiti kandungan anda, mewujudkan rasa keperluan mendesak dalam kalangan audiens dan meningkatkan kadar penukaran.
Perlukan bantuan untuk menulis bahan iklan dan menambah baik kandungan anda? Hubungi kami hari ini untuk mendapatkan bantuan.