Reka Bentuk Laman Web: 4 Elemen Penting yang Berkesan

Chloe
Chloe Pengurus Projek
Diterbitkan 30 Oktober 2020
Masa Membaca Calculating...

Pernahkah anda tertanya-tanya, adakah laman web benar-benar sepenting itu untuk perniagaan anda?

Kita semua tahu bahawa laman web bukan lagi pilihan, tetapi KEPERLUAN bagi semua jenis perniagaan pada masa kini. Ingatlah bahawa laman web yang baik juga perlu dilengkapi dengan reka bentuk yang kreatif. Tetapi apakah ciri-ciri penting yang perlu ada pada reka bentuk laman web yang baik?

Apakah Reka Bentuk Laman Web?

Reka bentuk laman web biasanya digunakan untuk menerangkan proses reka bentuk di sisi pelanggan (bahagian hadapan). Ini merangkumi reka bentuk grafik, reka bentuk pengalaman pengguna (UX), reka bentuk antara muka pengguna (UI), pengoptimuman enjin carian (SEO) dan banyak lagi.

Adakah Laman Web Anda Memenuhi Keperluan Ini?

4-must-have-website-design-idea
https://www.freepik.com/free-psd/

Tanggapan Pertama Itu Penting

“Jika diberi masa 15 minit untuk membaca kandungan, dua pertiga orang lebih gemar membaca sesuatu yang direka dengan cantik berbanding sesuatu yang ringkas.”

Di atas ialah fakta menarik berdasarkan statistik. Pelawat laman web membuat penilaian dalam masa BEBERAPA SAAT. Bagaimanakah anda dapat menarik perhatian pengguna pada pandangan pertama agar mereka terus berada di laman web dan membuat kajian lanjut tentang perniagaan anda? Jawapannya ialah laman web yang kreatif, terkini dan menarik.

Jika laman web anda kelihatan biasa atau ketinggalan zaman, pengunjung mungkin akan mendapat tanggapan negatif terhadap perniagaan anda. Akibatnya, anda berisiko kehilangan bakal pelanggan kerana mereka mungkin meninggalkan laman web anda dan beralih kepada pesaing.

Reka bentuk laman web mempengaruhi cara orang lain MEMANDANG jenama anda.

Bukan Sekadar Menarik Perhatian!

Laman web yang direka dengan baik jauh lebih bermanfaat daripada sekadar kelihatan menarik. Anda juga harus mereka bentuk laman web yang dapat membantu MEMBINA JENAMA ANDA.

Jika syarikat/perniagaan anda mempunyai logo yang unik dan warna yang melambangkan jenama, anda perlu menggabungkan semua elemen ini ke dalam laman web anda. Contohnya, langkah ini dapat mengelakkan kekeliruan dan membuat orang mengingati jenama anda.

Kesimpulannya, pastikan reka bentuk laman web anda dapat meningkatkan pengenalan jenama agar jenama anda lebih menonjol berbanding pesaing.

4-must-have-website-design-diagram1

https://zoewebs.com/zoewebs

Bolehkah anda melihat perbezaan antara laman web biasa dengan laman web yang direka dengan baik?

Berikan Pengalaman Pengguna TERBAIK

Satu lagi ciri istimewa reka bentuk laman web yang baik ialah keupayaannya membantu pengunjung melayari laman web dengan mudah.

Cuba letakkan diri anda dalam situasi pengunjung laman web anda. Matlamat mereka ketika melayari laman web adalah untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan dengan segera. Oleh itu, laman web anda perlu mesra pengguna dan mudah dinavigasi supaya pengunjung tidak keliru atau tersesat semasa melayarinya.

Sebuah agensi pemasaran digital, LSEO menyatakan bahawa laman web yang direka dengan baik seharusnya memudahkan pengunjung melayarinya. Selain itu, kandungan hebat yang anda terbitkan di laman web mungkin sia-sia jika navigasinya tidak baik kerana pengunjung tidak akan menemuinya.

Berusahalah untuk meningkatkan reka bentuk laman web anda bagi memberikan pengalaman pengguna yang terbaik kepada pengunjung. Dengan itu, mereka lebih cenderung untuk berinteraksi dengan perniagaan anda dan mengambil tindakan yang diinginkan. Akhirnya, meningkatkan kadar penukaran bukan lagi sekadar impian!

Mesra SEO

4-must-have-website-design-seo-optimization
https://www.freepik.com/free-vector/

Selain perkara yang dinyatakan di atas, pereka laman web harus memanfaatkan ruang yang kelihatan pada laman web untuk memaparkan maklumat penting yang dapat meningkatkan pengoptimuman enjin carian (SEO).

Cara ini berkesan apabila anda memasukkan kata kunci sasaran yang berkaitan dengan perniagaan anda secara bijak ke dalam teks HTML. Ini dapat meningkatkan kedudukan laman web anda dalam hasil enjin carian apabila enjin carian seperti Google merayapi laman web anda.

Ini dapat membantu orang lain mencari dan melihat laman web anda dengan lebih mudah.

RUMUSAN UTAMA:

Reka bentuk laman web terlalu penting untuk dipandang ringan. Oleh itu, laman web yang direka dengan baik harus dapat membantu perniagaan anda memberikan tanggapan yang baik, membina penjenamaan sendiri dan membantu SEO laman web anda.

Paling penting, reka bentuk laman web yang baik mestilah mesra pengguna untuk memupuk prospek dan meningkatkan penukaran bagi perniagaan anda. Pastikan laman web anda mempunyai 4 perkara wajib ini supaya perniagaan anda dapat berkembang maju dan menjana keuntungan.

Perlukan bantuan untuk mereka bentuk laman web dan menambah baik kandungan laman web anda ? Hubungi kami hari ini untuk mendapatkan bantuan.

Dikategorikan dalam
Perlukan bantuan untuk mengembangkan perniagaan digital anda?

Tukarkan apa yang telah anda pelajari kepada hasil perniagaan.

Daripada laman web dan e-dagang hinggalah SEO, Google Ads, media sosial, aplikasi mudah alih, dan integrasi sistem, berbincanglah dengan Zoewebs tentang keperluan perniagaan anda yang seterusnya.