Mengapa dan bilakah anda perlu mereka bentuk semula laman web?
Laman web anda mewakili perniagaan anda dan memberikan tanggapan pertama kepada bakal pelanggan. Menurut kajian, 75% orang akan menilai kualiti jenama anda berdasarkan pengalaman mereka di laman web anda.
Dalam dunia dalam talian yang sentiasa berubah ini, tiada apa yang kekal selamanya. Oleh itu, terus menggunakan laman web lama hanya kerana ia pernah berkesan dahulu bukanlah strategi yang bijak untuk mempromosikan perniagaan anda.
Reka bentuk yang kurang baik dan ketinggalan zaman akan menjejaskan semua aspek pemasaran dalam talian anda, daripada kedudukan dalam enjin carian hinggalah bilangan penukaran yang anda peroleh. Jika laman web anda menunjukkan 5 tanda berikut, kemungkinan besar laman web itu perlu direka bentuk semula.
1. Laman web anda mengambil masa yang lama untuk dimuatkan
Penting untuk memastikan laman web anda dioptimumkan supaya dimuatkan dalam tempoh tiga saat kerana selepas tempoh itu, pengguna akan hilang minat lalu meninggalkan laman web anda.
Menurut tinjauan yang dijalankan oleh Akamai dan Gomez.com, hampir separuh daripada semua pengguna cenderung meninggalkan laman web yang tidak dimuatkan dalam masa 3 saat. Lebih buruk lagi, Google telah mengumumkan bahawa kelajuan halaman ialah faktor pemeringkatan pada peranti mudah alih. Oleh itu, anda mungkin kehilangan kedudukan tinggi jika versi mudah alih laman web anda dimuatkan dengan perlahan.

2. Laman web anda tidak mesra mudah alih
Pada masa ini, kebanyakan pelawat mengakses laman web anda melalui tablet atau telefon pintar, dan anda tidak boleh mengabaikan mereka. Jika laman web anda tidak mesra mudah alih atau responsif pada peranti mudah alih, anda akan kehilangan ramai bakal pelanggan.
Analitis laman web anda boleh menunjukkan peratusan pelawat yang datang daripada peranti mudah alih. Jika peratusannya tinggi, anda patut mengutamakan penambahbaikan laman web mudah alih anda. Jika tidak, mungkin laman web anda tidak responsif untuk pengguna peranti mudah alih.
Reka bentuk semula laman web anda supaya tidak kehilangan lebih ramai bakal pelanggan!

3. Pesaing anda telah mereka bentuk semula laman web mereka
Terdapat cara lain untuk menentukan sama ada laman web anda perlu direka bentuk semula, iaitu dengan membandingkannya dengan laman web pesaing.
Jika mereka telah mereka bentuk semula laman web mereka dan laman web itu lebih moden daripada laman web anda, anda patut mempertimbangkan untuk memperbaharui laman web anda agar kelihatan lebih terkini. Ini menunjukkan kepada pelanggan bahawa anda bukan sahaja mengikuti trend reka bentuk laman web, malah perkembangan industri juga.
4. Jenama, produk atau perkhidmatan anda telah berubah.
Sebab paling asas untuk mereka bentuk semula laman web ialah perniagaan anda telah berkembang melebihi kemampuan laman web sedia ada. Bakal pelanggan melayari laman web anda untuk memahami produk atau perkhidmatan yang anda tawarkan. Oleh itu, amat penting untuk memastikan maklumat yang dipaparkan masih relevan dengan perniagaan anda. Reka bentuk semula akan memastikan jenama, produk atau perkhidmatan baharu anda ditonjolkan dengan sewajarnya.
5. Laman web anda kelihatan seperti tinggalan era 90-an
Jika laman web anda kelihatan seperti tidak pernah dikemas kini sejak era 90-an, anda akan ketinggalan dari segi pasaran mahupun kedudukan dalam hasil carian. Pasaran kini sangat kompetitif. Susun atur dan reka bentuk moden akan menarik perhatian pengunjung serta meninggalkan kesan yang baik kepada mereka.
Masih tidak pasti sama ada anda perlu mereka bentuk semula laman web? Berikan kami peluang untuk menelitinya dan kami akan menyediakan penyelesaian profesional untuk anda. Kami ialah syarikat profesional reka bentuk laman web di Pulau Pinang. Hubungi kami di 012-334 3029 (YY LEE) untuk konsultasi percuma.