Memilih nama domain merupakan perkara penting, sama pentingnya dengan memilih nama syarikat anda.Nama domain ialah elemen utama laman web anda, ia merupakan “tanggapan pertama” orang lain terhadap anda. Anda perlu memastikan nama itu TEPAT dan SESUAI terutamanya jika laman web itu akan digunakan untuk tujuan komersial.
Jadi, bagaimana untuk memilih nama domain yang SEMPURNA?
1. Pastikan Ringkas
Lebih pendek lebih baik. Menurut kajian daripada Gaebler.com, 5 laman web teratas mempunyai nama domain yang hanya kira-kira 6 aksara. Nama yang mudah disebut, ditaip, diingati dan dikongsi sentiasa memberikan hasil terbaik. Contohnya: www.apple.com , www.rd.com (Reader’s Digest), ksl.com.my/
2. Elakkan penggunaan tanda sempang dan nombor
Ya. Kami tahu anda mempunyai nombor bertuah sendiri, tetapi jangan letakkannya dalam nama domain anda. Tanda sempang dan nombor sentiasa menjadikan semuanya lebih sukar. Contohnya: “Pernahkah anda melayari Goo-gle2.com?” Hmm… Bunyi macam tak lancar langsung.
3. Gunakan kata kunci
Semua orang tahu kata kunci boleh membantu meningkatkan SEO anda jika digunakan dengan cermat. Jadi, tambahkan beberapa kata kunci yang berguna atau umum dan letakkannya pada permulaan nama domain anda. Itulah salah satu cara untuk mendapatkan kedudukan yang lebih tinggi. Anda boleh menghubungi kami untuk mencari KATA KUNCI!
4. Jadikannya mudah difahami
“Oh, ya! Rasanya Zoewebs.com mungkin yang membina laman web itu, kan?” Ya! Nama domain yang baik dapat memberi gambaran kepada orang ramai tentang kandungan laman web atau bidang syarikat anda.
Jika anda berminat untuk mencari nama domain yang tersedia, kami sedia membantu! Hubungi kami di 012-334 3029(YY LEE) untuk maklumat lanjut.
Hubungi kami hari ini untuk mendapatkan bantuan.