Zoewebs Mengucapkan Selamat Hari Deepavali!

SP Yu
SP Yu Pengurus Pentadbiran
Diterbitkan 22 Oktober 2022
Masa Membaca Calculating...

Pesta Cahaya

Deepavali tahun ini jatuh pada hari Isnin, 24 Oktober. Semoga cahaya Deepavali menyinari hari anda pada Deepavali ini.

Fakta Menarik Tentang Deepavali

  • Mengapakah Kita Menyambut Deepavali?

Deepavali, Dipawali atau Diwali ialah perayaan agama Hindu yang paling penting di India dan perayaan terbesar sepanjang tahun. Perayaan ini merupakan salah satu perayaan utama yang disambut oleh penganut Hindu, Jain dan Sikh. Selain India, hari utama Diwali (biasanya hari ketiga) ialah cuti rasmi di beberapa negara Asia Selatan, termasuk Malaysia.Untuk maklumat lanjut tentang Deepavali dan tradisinya, lawati Gambaran keseluruhan tentang Diwali oleh Britannica.

Perayaan ini dikaitkan dengan Lakshmi, dewi kemakmuran dan Ganesha, dewa kebijaksanaan dan penghapus segala rintangan. Perayaan ini juga memperingati hari Rama, dewa utama dalam agama Hindu, kembali ke kerajaannya di Ayodhya bersama isterinya Sita dan saudaranya Lakshmana selepas menewaskan raksasa Ravana di Lanka dan menjalani pembuangan selama 14 tahun. Selain itu, beberapa agama di India turut mengadakan sambutan masing-masing semasa Diwali, seperti agama Jain dan Sikh.

Diwali melambangkan kemenangan cahaya mengatasi kegelapan; kebaikan mengatasi kejahatan; dan ilmu mengatasi kejahilan
  • Deepavali atau Diwali?

Deepavali sama dengan Diwali; kedua-duanya ialah variasi daripada istilah Sanskrit yang bermaksud “barisan cahaya”. Orang India akan menyalakan barisan pelita tanah liat (deepa) di luar rumah mereka (avali), sebagai lambang cahaya dalaman yang melindungi dan mengusir kegelapan rohani. Oleh itu, perayaan ini dinamakan sempena barisan pelita, dan turut dikenali sebagai Pesta Cahaya.

  • Adakah Diwali Jatuh Pada Hari Yang Sama Setiap Tahun?

Tidak. Walau bagaimanapun, perayaan ini biasanya berlangsung selama lima hari dan disambut pada bulan Kartika dalam kalendar lunisolar Hindu (bermula pada pertengahan Oktober dan berakhir pada pertengahan November). Dalam kalendar lunar Hindu, setiap bulan bermula dan berakhir pada hari anak bulan, dan Diwali disambut pada hari paling gelap dalam bulan lunar, iaitu hari anak bulan.

Dari segi saintifik, anak bulan berlaku apabila Bulan berada di antara Bumi dengan Matahari, lalu bahagian Bulan yang terlindung daripada cahaya menghadap Bumi. Hal ini menyebabkan Bulan tidak kelihatan di langit malam yang gelap, sekali gus menjadikan hari itu hari yang paling gelap.

  • Bagaimanakah Orang India Menyambut Diwali?

Seperti yang kita ketahui, Diwali biasanya berlangsung selama lima hari.

#Hari 1: Masyarakat India membersihkan, mengubah suai dan menghias rumah mereka dengan diyas – lampu minyak yang diperbuat daripada tanah liat dan  rangoli – corak berwarna-warni daripada beras, pasir atau bunga yang dapat dilihat di lantai rumah.

#Hari 2: Masyarakat India akan menyediakan atau membeli makanan istimewa (terutamanya manisan yang dikenali sebagai mithai) dan berdoa untuk roh nenek moyang di alam akhirat.

#Hari 3: Inilah hari utama Deepavali. Pada hari ini, keluarga berkumpul untuk meraikannya. Tanglung dan lilin dinyalakan di rumah dan di jalanan, di samping bunga api yang meletup!

#Hari 4: Hari ini meraikan ikatan antara suami dengan isteri. Oleh itu, para suami biasanya membeli hadiah untuk isteri mereka sebagai tanda meraikannya.

#Hari 5: Hari ini meraikan ikatan antara adik-beradik, khususnya antara abang atau adik lelaki dengan kakak atau adik perempuan.

Perayaan ini meraikan kasih sayang, keamanan dan kemakmuran. Kita juga mendapat manfaat dengan mempelajari dan memahami tradisi serta ritual pelbagai kelompok agama sambil hidup dalam dunia yang aman ini.

Selamat Deepavali!

Akhir kata, sempena Deepavali ini dan sepanjang tahun, kami mendoakan agar anda sentiasa dilimpahi kehangatan, kasih sayang dan cahaya.

Jika anda memerlukan maklumat lanjut, sila hubungi Zoewebs melalui laman web kami.

Hubungi Zoewebs

Dikategorikan dalam
Perlukan bantuan untuk mengembangkan perniagaan digital anda?

Tukarkan apa yang telah anda pelajari kepada hasil perniagaan.

Daripada laman web dan e-dagang hinggalah SEO, Google Ads, media sosial, aplikasi mudah alih, dan integrasi sistem, berbincanglah dengan Zoewebs tentang keperluan perniagaan anda yang seterusnya.